Friday 26 August 2011

SeCebis kIaSan sEbeLum AkhIrnYa RamAdan TahUn ini...

Syaitan yang dirantai ketika bulan Ramadhan itu ada 10 jenis iaitu :

1. Iblis laknatullah itu sendiri.

2. Anaknya yang bernama Zalituun – Pakar dalam hal menggoda manusia ke arah sifat membazir dan bakhil.

3. Wathiin - Pakar dalam mendorong manusia berpra-sangka buruk dan putus asa terhadap Allah.
4. A’awan – Pakar yang ditugaskan khas dalam menggoda raja / pemimpin besar supaya bersikap sombong dan takbur serta zalim terhadap rakyatnya.
 Syaitan yang dirantai ketika bulan Ramadhan5. Haffaf – Pakar dalam menggoda manusia meminum arak / khamr dan benda memabukkan.
6. Murrah – Pakar dalam melalaikan manusia dari mengingati Allah dengan muzik, hiburan,gossip dan segala benda yang melalaikan.

7. Masuud – Pakar dalam membinasakan manusia melalui kata2 fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja dosa yg muncul dari lidah dan mulut.
8. Daasim – Pakar dalam merosakkan rumah tangga manusia dan menggoda ke arah zina dan maksiat.
9. Walahaan – Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
10. Lakhuus – Pakar dalam menyesatkan akidah manusia dengan menyembah api, batu berhala, bintang dan lain2.
Mereka inilah adalah 10 jenis syaitan yang dirantai di bulan puasa dan dicampakkan ke dalam lubang yang paling dalam dan gelap di laut. Mereka ibarat kerabat diraja Iblis yang berdarah tulen dan mempunyai kedudukan hirarki tertinggi dalam sistem pemerintahan Iblis.
Mereka diberi umur yang panjang sehingga akhirat dan di bawah mereka ada askar2 jin dan syaitan yang bertugas untuk menyesatkan manusia.
Bila mereka dirantai, anak buahnya masih lagi bebas di bulan puasa tetapi hilang arah tuju seketika kerana tiada sesiapa yang menjadi ketua. Ibarat askar yang tiada jeneral, mereka lebih lemah dan kurang upaya mengganggu manusia berbanding sebelum jeneral2 mereka diatas ada di atas bumi..
Wallahua’lam.

Tuesday 9 August 2011

Hikmah Ramadan ini....

Asalamualaikum...
Harini terasa ada perasaan yang sangat menyenangkan..
Walaupun luka itu masih parah, tetapi mungkin berkat ramadan ini hatiku semakin pulih..
Tanpa sesiapa atau apa-apa yang membantu hanya rahmat dari allah..
Syukur alhamdullilah, segalanya ku terima dengan redo dan iklas.
Hatiku sangat yakin bahawa allah itu maha adil dan maha Esa,
Suatu hari nanti bila tiba saat dan waktunya akan di berikan aku petunjuk ke jalan yang benar.
Ke jalan yang di redoi dan di berkati..
Kepada sahabat atau pembaca blog ni...
Sama-samalah kita menerima apa adanya takdir yang telah tuhan tentukan..
Kerana di sebalik semua dugaan itu ada hikmahnya yang sanagt manis untuk kita lalui..
Kerana tuhan itu maha penyayang...
Renung-renungkan...dan selamat berpuasa...



Monday 8 August 2011

Definisi CInT@....

        Memang terdapat pelbagai definisi cinta. Berikut merupakan definisi cinta yang dipetik dari laman web mentor_ulung.

1. Cinta itu KOMITMEN.
Cinta, tak boleh main-main. Cinta perlu komitmen. Bukan main campak buang semacam. Perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin.
Tak bolehlah nak bergaduh, paksa-paksa dan mengabaikan tanggungjawab pada pasangan. Untuk yang dah berkahwin, nafkah wajib dipenuhi. Amanah sebagai suami isteri kena ditunaikan sebaiknya. Komited sebagai suami yang mithali, ummi yang solehah, agar dapat melahirkan anak-anak yang afiq, yang arif, yang anis, yang santun. Menjadikan rumahtangga dipenuhi mahabbah, mawaddah dan sakinah :)

2. Cinta itu intuitive: NALURI.
Cinta itu sifatnya naluri. Apa tu orang kata, "cinta itu di hati". Bercinta yang hangat bila kita dapat merasai apa yang dirasai oleh orang yang kita sayang.
Jika taknak disakiti, kita tak menyakitkan hati orang lain. Jika nak disayang, kita akan memberi kasih sayang seluhurnya. Jika ada rasa bimbang, seringnya kita akan dapat merasa. Macam cinta ibu pada anak-anak. Sering mereka dapat rasa apa yang anak-anak mereka buat, yang baik atau tak baik untuk anak-anak, kan?

3. Cinta itu sebahagian nature: FITRAH
Cinta itu fitrah. Betul. Bila Nabi Adam dicipta, baginda rasa kesunyian. Allah ciptakan Hawa sebagai peneman. Rasa ingin disayanagi dan menyayangi tu fitrah manusia. Yang perempuan minat pada seorang lelaki. Ada lelaki jatuh cinta pada seorang wanita. Cinta itu benar dan suci.

4. Cinta sering terletak di puncak: TOP
Bila ada rasa cinta, kita akan sama-sama bekerjasama, saling mengasihi. Itulah nilai yang mengikat kita semua untuk terus bersatu. Sekuat cinta Tuhan yang memberikan pelbagai nikmat hidup, cinta itu di puncak kehidupan.

5. Cinta itu sifatnya ALTRUISTIC.
Apa tu?? Aa, altruistik maknanya melebihkan orang lain dari diri sendiri. Dalam lughah disebut al-itsar. Wah, erti pengorbanan di sini. Bak kata Ustaz Hasrizal, makna hidup pada memberi. Bila cinta, kita sanggup berkorban untuk yang kita cinta dan kasihi.
Bila ada niat untuk membahagiakan yang lain, maka kita akan usahakan yang terbaik untuk memenuhi kehidupannya dengan bahagia dan sempurna. Kata Abang Ed, bila kita tolong orang, Allah akan membantu kita, menambah nikmat untuk kita. Indahnya.....

Cinta abadi itu hanyalah cinta kapadaNya...

AkHirnyA cIN-ta

Di setiap hari-hari ku wajahnya sering terbayang dimata. "apakah yang dia sedang lakukan ketika ini."  hati kecil ini selalu berbisik. Mungkinkah dia sedang bekerja atau belum pun bangun tidur atau dia sedang bersama orang lain. ya allah apalah aku ni, selalu sangat fikirkan yang buruk-buruk tentangnya. tetapi mungkin kerana aku terlalu fobia dengan lelaki. lantas handphone di meja aku pegang dan mendail nama yang telah tertera di dailled numbers "My Hubby" iaitu Tengku Farish Daniel dialah si jantung hatiku di saat itu. panggilan di buat, kedengaran nada lagu "Percaya padaku"  nyanyian kumpulan Ugu bernyanyi-nyanyi, tetapi tidak juga di jawab, di ulangi lagi panggilan itu hingga 3 kali. Hatiku mula curiga dan berdegup kencang. mungkin sudah terbiasa dengan situasi begitu tetapi hari ini rasa seperti lain, awal-awal pagi selalu nya dia akan menjawab panggilan dariku. lantas jari jemariku menekan butang-butang handphone menaip pesanan ringkas kepadanya." salam, dear..where are u?". setelah 1 jam menunggu tidak juga mendapat kembali jawapan dari pesanan ringkasku itu. hatiku semakin gelisah. aku cuba meybukkan diriku agar aku tidak memikirkan dia. jam menunjukkan 4.45petang,
Tit..tit. kedengaran handphone aku berbunyi menandakan ada pesanan ringkas masuk. tersenyum aku melihat nama 'My Hubby" terpampar di skrin telefon bimbitku. dibaca " yunk u kat mane 2?? cuti tak nak jumpa u la. misu u sgt3", alangkah tuhan sahaja yang tahu gembiranya hati aku mendapat pesanan ringkas itu. aku sangat sayangkan dia, aku terima apa adanya dia kerana pada mulanya kami hanya berkenalan dari laman YM, dia ingin berkenalan ngan lebih rapat denganku kerana katanya dia sudah lama membujang dan mencari true love untuk di jadikan isteri, berbunga-bunga hatiku mendenagr kerana jarang sekali berkenalan dengan kawan-kawan di laman YM ini nak cari calon isteri. setelah berkenalan darisitu keesokan harinya dia mahu berjumpa denganku. pertemuan pertama kami sanagt romantik kerana dia telah melamar aku di hadapan dua orang kawannya denagn mulututkan kakinya. so sweet. tak dapat dilupakan saat itu hingga ke hari ini. namun sekarang dia semakin berubah. dia tidak lagi menghiraukan aku semenjak pertama kami bergaduh yang berpuncanya dari keegoan masing-masing. sebulan kami berhubungan dia semakin pinggirkan aku, namun apabila aku ingin memutuskan hubungan itu di katanya aku tidak menepati janjiku dan tidak dapat menerima apa adanya dia. bulan kedua percintaan kami kembali bahagia, dia sering datang berjumpa dan kami selalu keluar bersiar-siar. Semakin lama semakin aku dan dia saling menyayangi.
Namun kehidupan itu tak selalunya bahagia hingga ke akhir hayat kita. Aku mula curiga apabila setiap malam aku menelefon dia akan mematikan telefon bimbitnya, dan apabila aku memberi pesanan ringkas tidak pernah di balas hinggalah berlarutan dua minggu, hatiku mula pudar padanya, kasih sayangku padanya lari entah kemana. dan pada akhirnya aku mengetahui bahawa dia sudah pun mempunyai rumah tangga. Sedih dan pilu hatiku tidak dpat di gambarkan dan di hujahkan. Dia terkedu dan tidak lagi menghubungi aku setelah aku mengatakan bahawa kau telah mengetahui status dia yang sebenar dan meminta dia menjaga isterinya dengan baik dan aku tetap menyayangi dia hingga akhir hayatku walaupun kami tidak mungkin dapat bersama... Akhirnya cinta itu bukan milik ku..

Baru Lagi sekali...

asalamualaikum, hye semua..
sorry sangat sebab kene buat blog baru..
password blog bella bahagia tu spoiled dah..
hurmm..
kita continue kat sini yew...
jangan lupa comment kalau ada kelemahan di sini, ok...!!