Monday 8 August 2011

AkHirnyA cIN-ta

Di setiap hari-hari ku wajahnya sering terbayang dimata. "apakah yang dia sedang lakukan ketika ini."  hati kecil ini selalu berbisik. Mungkinkah dia sedang bekerja atau belum pun bangun tidur atau dia sedang bersama orang lain. ya allah apalah aku ni, selalu sangat fikirkan yang buruk-buruk tentangnya. tetapi mungkin kerana aku terlalu fobia dengan lelaki. lantas handphone di meja aku pegang dan mendail nama yang telah tertera di dailled numbers "My Hubby" iaitu Tengku Farish Daniel dialah si jantung hatiku di saat itu. panggilan di buat, kedengaran nada lagu "Percaya padaku"  nyanyian kumpulan Ugu bernyanyi-nyanyi, tetapi tidak juga di jawab, di ulangi lagi panggilan itu hingga 3 kali. Hatiku mula curiga dan berdegup kencang. mungkin sudah terbiasa dengan situasi begitu tetapi hari ini rasa seperti lain, awal-awal pagi selalu nya dia akan menjawab panggilan dariku. lantas jari jemariku menekan butang-butang handphone menaip pesanan ringkas kepadanya." salam, dear..where are u?". setelah 1 jam menunggu tidak juga mendapat kembali jawapan dari pesanan ringkasku itu. hatiku semakin gelisah. aku cuba meybukkan diriku agar aku tidak memikirkan dia. jam menunjukkan 4.45petang,
Tit..tit. kedengaran handphone aku berbunyi menandakan ada pesanan ringkas masuk. tersenyum aku melihat nama 'My Hubby" terpampar di skrin telefon bimbitku. dibaca " yunk u kat mane 2?? cuti tak nak jumpa u la. misu u sgt3", alangkah tuhan sahaja yang tahu gembiranya hati aku mendapat pesanan ringkas itu. aku sangat sayangkan dia, aku terima apa adanya dia kerana pada mulanya kami hanya berkenalan dari laman YM, dia ingin berkenalan ngan lebih rapat denganku kerana katanya dia sudah lama membujang dan mencari true love untuk di jadikan isteri, berbunga-bunga hatiku mendenagr kerana jarang sekali berkenalan dengan kawan-kawan di laman YM ini nak cari calon isteri. setelah berkenalan darisitu keesokan harinya dia mahu berjumpa denganku. pertemuan pertama kami sanagt romantik kerana dia telah melamar aku di hadapan dua orang kawannya denagn mulututkan kakinya. so sweet. tak dapat dilupakan saat itu hingga ke hari ini. namun sekarang dia semakin berubah. dia tidak lagi menghiraukan aku semenjak pertama kami bergaduh yang berpuncanya dari keegoan masing-masing. sebulan kami berhubungan dia semakin pinggirkan aku, namun apabila aku ingin memutuskan hubungan itu di katanya aku tidak menepati janjiku dan tidak dapat menerima apa adanya dia. bulan kedua percintaan kami kembali bahagia, dia sering datang berjumpa dan kami selalu keluar bersiar-siar. Semakin lama semakin aku dan dia saling menyayangi.
Namun kehidupan itu tak selalunya bahagia hingga ke akhir hayat kita. Aku mula curiga apabila setiap malam aku menelefon dia akan mematikan telefon bimbitnya, dan apabila aku memberi pesanan ringkas tidak pernah di balas hinggalah berlarutan dua minggu, hatiku mula pudar padanya, kasih sayangku padanya lari entah kemana. dan pada akhirnya aku mengetahui bahawa dia sudah pun mempunyai rumah tangga. Sedih dan pilu hatiku tidak dpat di gambarkan dan di hujahkan. Dia terkedu dan tidak lagi menghubungi aku setelah aku mengatakan bahawa kau telah mengetahui status dia yang sebenar dan meminta dia menjaga isterinya dengan baik dan aku tetap menyayangi dia hingga akhir hayatku walaupun kami tidak mungkin dapat bersama... Akhirnya cinta itu bukan milik ku..

No comments:

Post a Comment